Saturday, April 3, 2010

Kalam Guru



Pesan guru;
Ilmu Feqah itu 'luas', berhati-hati nanti sesat.
Ilmu Tauhid itu 'dalam' berhati-hati nanti lemas.
Ilmu Tasawuf itu 'tinggi' berhati-hati nanti jatuh.

Zat dan Sifat tidak bercerai tanggal tapi tak bersekutu.
Dia memenuhi, dia meliputi. Dia zahir dia batin.
Dekat tidak bersentuh, jauh tidak berantara.

Pesan ayah;
Tegakkan 'HURUF AHMAD'. Alif=Qiam/berdiri. Ha=Rukuk. Mim=Sujud. Dal=Tahiyyah(Yakni solah).
Kembalikan amanah kepada 'yang punyai amanah'.
Karamkan diri umpama 'garam kembali ke laut'.
Matikan diri sebelum mati.
Jangan amalkan 'HURUF babi'. Ba=tidur. Alif=bangun/kerja. Ba=tidur. Ya=qadarhajat.(Hidup tanpa ibadah/matlamat).

Wallahua'lam.



Friday, January 1, 2010

Buah Pukul atau Kuntau Yunan



Buah Pukul? Pelik bunyinya...bukan buah-buahan, tapi nama aliran seni pertahanan diri yang cukup di kenali di selatan Semenanjung.Ia lebih masyhur dengan panggilan Buah Pukul Mersing atau Lian(Kuntau)Yunan.Dari mana ia berasal? Mengikut catatan sejarahnya, senibeladiri ini berasal dari daerah Yunan, China. Ada pula pendapat mengatakan berasal dari Pagar Ruyung, Indonesia.Sebagaimana namanya, begitulah asalnya terdapat kekilafan antara Yunan dan Pagar Ruyung.

Catatan kisah seterusnya mungkin boleh memberi sedikit gambaran akan asal usul senibeladiri ini.Sekitar tahun 1993,saya telah bertemu seorang sahabat, bersembang akan asal silat Buah Pukul ini.Katanya silat ini berasal dari Pagar Ruyung.Saya pula menyatakan berasal dari Yunan kalau mengikut cerita arwah ayahda saya.Sehinggalah suatu hari sekitar tahun 2000,arwah ayah bercerita bagaimana Silat Lian Yunan ini mula bertapak di Negeri Johor seterusnya berkembang ke Negeri Pahang melalui daerah Mersing sehingga lekat namanya Buah Pukul Mersing.

Mengikut riwayat, Sultan Johor dahulu,Sultan Ibrahim (kurun 18)telah menghantar 2 orang pengiring baginda (polis)ke Pagar Ruyung bagi menambah dan memperlengkapkan ilmu pertahanan diri.Pendek cerita, setelah berpuashati dengan ilmu yang di pelajari. mereka ambil keputusan kembali ke Johor.Dalam perjalanan pulang mereka telah di sekat seorang tua dan memberitahu ilmu mereka masih belum lengkap selagi tidak berguru dengan seseorang di Pagar Ruyung ini.

Sebagai panduan,dihalaman rumah guru itu terdapat 2 pohon rambutan,sepohon buahnya manis dan sepohon lagi buahnya masam.Setelah menemui rumah yang di maksudkan, memeranjatkan mereka, kerana guru yang di cari itu adalah orang yang sama menyekat mereka dalam perjalanan tadi.Misi menuntut ilmu silat di Pagar Ruyung ini berakhir setelah habis belajar dengan guru tersebut dan mereka kembali ke Johor.


Salah seorang pengiring sultan, ini ialah Paklong Mat Yasin,pengembang senibeladiri Buah Pukul di selatan Semenanjung dan di Mersing khasnya.
Suatu hari,Paklong Mat Yasin menerima aduan akan kehadiran seorang Cina di sebuah masjid.Sebagai orang bertanggungjawap soal keselamatan,beliau keluar menyiasat.Disana berlaku salah faham sehingga berlaku pergaduhan antara orang Cina itu dengan Paklong Mat Yasin.Dalam insiden ini, Paklong Mat Yasin telah di tewaskan oleh orang Cina berkanaan.Kemudian di ketahui,orang Cina tersebut ialah Haji Abdul Rahman Yunan, seorang pendakwah Islam.Rentetan dari situ, Paklong Mat Yasin menyatakan hasrat berguru dengan Hj Ab.Rahman Yunan.

Bagaimanapun Hj. Ab.Rahman Yunan meminta Paklong Mat Yasin belajar terlebih dulu dengan anak dan isterinya sebelum menuntut dengannya.Hasil berguru debgan keluarga Hj.Ab.Rahman inilah asalnya silat yang di kenali Lian Yunan(kuntau Yunan) dengan pecahan 'buah bapa','buah ibu dan 'buah anak'.

Paklong Mat Yasin telah mengembangkan permainan senibeladiri ini sehingga sekarang ini menular ke Muar, Mersing, Endau, Rompin, Nenasi, Pekan, Kuantan dan seluruh negara amnya.

Setelah lebih kurang 7 tahun ketika perbualan dengan sahabat saya dulu, mungkin cerita arwah ayah ini boleh di buat kesimpulan permainan silat ini hasil gabungan silat Pagar Ruyung dan kuntau Yunan.

Cerita ini adalah bersumber lisan ke lisan dan tidak terlepas dari kesilapan dari sudut kesohihannyan Harap maaf.

Ada masa saya bercerita lagi tentang 'buah pukul' buah yang tak buruk dari koleksi arwah ayah. Mungkin peminat 'buah pukul' yang sekampung dengan saya pernah mendengar nama seperti PokTeh Mat Yasin, Nyang PokNoh,Cu Aman,Pak Anjang Berahim(WakYeng),Tokki Mat Wong,Jusoh Buyung, Pak Jambi dan akhir Matjejakrasul(Hak ni tak masuk senarai).T.k

Sunday, December 27, 2009

Tidur tidur kucing


Kucing memang suka tidur dimana-mana jer yang dia kira selesa. Kita pun memang ramai yang mengemari memelihara kucing. Sebenar bab kucing ini memang banyak ceritanya dan ini adalah antara tempat kucing tidur yang pernah dirakamkan serta terdapat sedikit kelucuan.

-artikel sementara akhir tahun

Monday, November 2, 2009

Dr.Asri bekas mufti Perlis di tangkap



Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam tadi.



Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay,dekat sini.

Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.

Beberapa jemaah yang ditemui Harakahdaily,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.

Sungguhpun begitu,Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin,yang berada di kediaman itu,berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ bertenang.

Dalam pada itu,kira-kira 2 jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.

Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.

Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.

Sebelum pergi, Dr Asri sempat meminta supaya pihak media menunggu beliau dirumah tersebut kerana akan mengadakan sidang media.

"Jangan bimbang,saya akan balik semula ke sini.Doakan kepada saya.

"Tunggu saya...akan membuat sidang media," katanya di hadapan orang ramai dan pihak media yang mengerumuni rumah tersbut.

Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(Yadim).

Beliau dipercayai dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan.Turut serta bersama beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang,Shaari Sungib.

- harakah

Saturday, October 17, 2009

Mat mat rempit di jangka hadir di program IFTAF


Majlis Mahabbah Aidilfitri dan hari keluarga Ikatan Pendidikan Tauhid Tasawwuf Malaysia atau IFTAF akan di adakan Rhu Muda Beach Hotel Marang Terengganu pada 18hb oktober ini.

Pengurusi IFTAF Mustaffa Kamal Hamzah berkata "seramai 300 matrempit di jangka hadhir nanti dalam usha usha mendidik dan mendekatkan mereka dalam program program kemasyarakatan".



Progaram ini menjadi loncatan untuk mengajak masyarakat semua agar adpat beramal dengan ajaran Islam sebenar yang berasaskan mazhab Al Sunnah Wal Jamaah yang bertunjangkan tauhid tasawwuf.

Majlis ini dijangkakan akan dfi hadiri 10,000 orang tetamu termasuk para pendukung IFTAF dari seluruh negeri. Antara aturcara yang bakal di adakan nanti termasuklah qasidah, nasyid dan sukaneka di samping jamuan sempena hariraya.

Majlis ini turut di anjurkan bersama Persatuan Saudara Baru Islam Terenganu, kata Mustaffa Kamal kepada pemberita Sinra Harian kelmarin.

 
Powered by Blogger