Bila mutiara ilmu tasawuf mula dijauhi maka senanglah jarum jarum yahudi-zionis menusuk kedalam jiwa dan sanubari umat islam melayu ,melumpuhkan perlahan-lahan semangat dan roh perjuangan kita dari terus bangkit.Maka Islam liberal,wahhabi,anti-hadis,syiah,ulamak politik dan banyak lagi pihak-pihak lain yang akan mengambil kesempatan dan tersenyum riang bila mereka dengan mudah menipu daya malah mempergunakan umat melayu-islam untuk menjayakan misi dan agenda mereka.
Oleh itu,marilah kita rapatkan saf,bersatu dalam perjuangan dan berkongsi ilmu-ilmu pengetahuan,samada ilmu agama atau ilmu duniawi kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksudpost">
“Sesiapa yang mahukan dunia,hendaklah dengan ilmu,sesiapa yang mahukan akhirat,hendaklah dengan ilmu dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya,maka hendaklah dengan ilmu”
Ramai dari kita yang mendakwa sudah banyak ilmu agamanya tetapi amat tipis ilmu tasawufnya,lalu kebenaran itu diukur dengan pemahaman kita sendiri,lalu ada yang tertipu dengan pandangan mata,maka taksublah hati dengan muslihat orang agama yang berjubah,berkopiah yang melaung-laungkan slogan islam ,yang mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi dan duniawi ,tetapi dari segi praktikal agamanya amat jauh lagi untuk menemui Ihsan,apatah lagi untuk hati atau Qalbunya terus-menerus berzikir mengingati Allah dalam tidur dan jaganya.
Cuba kita teliti kata-kata imam Shafie r.a ini…
“Jika kamu melihat lelaki berjalan di atas air dan dapat terbang di udara,janganlah kamu terpedaya dengannya sehingga kamu melihat amalannya terhadap Al-kitab (Al-quran) dan As-Sunnah saw”
Ilmu Tasawuf adalah inti atau teras kepada ilmu setiap pejuang di jalan Allah.Para sahabat dan ahli-ahli sufi terdahulu,kebanyakannya adalah pejuang dijalan Allah.Ada juga ahli sufi moden yang tidak mahu turut serta dalam perjuangan di jalan Allah dengan alasan jihad yang terbesar adalah jihad melawan hawa nafsu,lalu mereka mengajak pengikut mereka terus zuhud dan mengasingkan diri dari khalayak ramai.Maka tinggallah masyarakat dengan masaalah sosialnya serta krisis iman dan islam yang semakin serius tanpa bantuan atau bimbingan mereka yang tahu dalam ilmu agama.Jika semua mereka menyisihkan diri dari masyarakat,siapa lagi yang mahu menyeru manusia kearah kebaikan dan menahan manusia dari melakukan kemungkaran?siapakah pula yang akan mendidik bakal generasi akan datang? Siapakah pula yang akan berdakwah dan menyeru manusia ke jalan Allah?
Hayatilah Firman Allah dalam surah At-taubah ,ayat 41 yang bermaksud
“Dan berangkatlah kamu kemedan juang samaada dalam keadaan ringan ataupun berat,berjihadlah kamu dengan harta benda dan jiwa raga kamu dijalan Allah,yang demikian itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui”
Bukankah hakikat kewujudan kita yang sebenar ialah untuk membuat pengabdian kepada Allah SWT dan beramal hanyalah untuk Dia.Firman Allah SWT dalam surah Az-Zariyaat ayat 56 yang bermaksud:
“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mengabdikan diri kepada Aku(Allah)”
Marilah bertafakur sejenak, agar kita tidak menjadi makhluk atau hamba yang tercela di sisi Allah SWT dengan menghayati Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 179 yang bermaksud :
“Mereka mempunyai hati,tetapi mereka tidak mengerti.mereka mempunyai mata,tetapi tidak melihat.mereka mempunyai telinga,tetapi tidak mendengar.mereka bagaikan binatang ternak bahkan lebih sesat dari itu lagi.Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang lupa.”
- Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta
2020
4 years ago
0 comments:
Post a Comment