Buah Pukul? Pelik bunyinya...bukan buah-buahan, tapi nama aliran seni pertahanan diri yang cukup di kenali di selatan Semenanjung.Ia lebih masyhur dengan panggilan Buah Pukul Mersing atau Lian(Kuntau)Yunan.Dari mana ia berasal? Mengikut catatan sejarahnya, senibeladiri ini berasal dari daerah Yunan, China. Ada pula pendapat mengatakan berasal dari Pagar Ruyung, Indonesia.Sebagaimana namanya, begitulah asalnya terdapat kekilafan antara Yunan dan Pagar Ruyung.
Catatan kisah seterusnya mungkin boleh memberi sedikit gambaran akan asal usul senibeladiri ini.Sekitar tahun 1993,saya telah bertemu seorang sahabat, bersembang akan asal silat Buah Pukul ini.Katanya silat ini berasal dari Pagar Ruyung.Saya pula menyatakan berasal dari Yunan kalau mengikut cerita arwah ayahda saya.Sehinggalah suatu hari sekitar tahun 2000,arwah ayah bercerita bagaimana Silat Lian Yunan ini mula bertapak di Negeri Johor seterusnya berkembang ke Negeri Pahang melalui daerah Mersing sehingga lekat namanya Buah Pukul Mersing.
Mengikut riwayat, Sultan Johor dahulu,Sultan Ibrahim (kurun 18)telah menghantar 2 orang pengiring baginda (polis)ke Pagar Ruyung bagi menambah dan memperlengkapkan ilmu pertahanan diri.Pendek cerita, setelah berpuashati dengan ilmu yang di pelajari. mereka ambil keputusan kembali ke Johor.Dalam perjalanan pulang mereka telah di sekat seorang tua dan memberitahu ilmu mereka masih belum lengkap selagi tidak berguru dengan seseorang di Pagar Ruyung ini.
Sebagai panduan,dihalaman rumah guru itu terdapat 2 pohon rambutan,sepohon buahnya manis dan sepohon lagi buahnya masam.Setelah menemui rumah yang di maksudkan, memeranjatkan mereka, kerana guru yang di cari itu adalah orang yang sama menyekat mereka dalam perjalanan tadi.Misi menuntut ilmu silat di Pagar Ruyung ini berakhir setelah habis belajar dengan guru tersebut dan mereka kembali ke Johor.
Salah seorang pengiring sultan, ini ialah Paklong Mat Yasin,pengembang senibeladiri Buah Pukul di selatan Semenanjung dan di Mersing khasnya.
Suatu hari,Paklong Mat Yasin menerima aduan akan kehadiran seorang Cina di sebuah masjid.Sebagai orang bertanggungjawap soal keselamatan,beliau keluar menyiasat.Disana berlaku salah faham sehingga berlaku pergaduhan antara orang Cina itu dengan Paklong Mat Yasin.Dalam insiden ini, Paklong Mat Yasin telah di tewaskan oleh orang Cina berkanaan.Kemudian di ketahui,orang Cina tersebut ialah Haji Abdul Rahman Yunan, seorang pendakwah Islam.Rentetan dari situ, Paklong Mat Yasin menyatakan hasrat berguru dengan Hj Ab.Rahman Yunan.
Bagaimanapun Hj. Ab.Rahman Yunan meminta Paklong Mat Yasin belajar terlebih dulu dengan anak dan isterinya sebelum menuntut dengannya.Hasil berguru debgan keluarga Hj.Ab.Rahman inilah asalnya silat yang di kenali Lian Yunan(kuntau Yunan) dengan pecahan 'buah bapa','buah ibu dan 'buah anak'.
Paklong Mat Yasin telah mengembangkan permainan senibeladiri ini sehingga sekarang ini menular ke Muar, Mersing, Endau, Rompin, Nenasi, Pekan, Kuantan dan seluruh negara amnya.
Setelah lebih kurang 7 tahun ketika perbualan dengan sahabat saya dulu, mungkin cerita arwah ayah ini boleh di buat kesimpulan permainan silat ini hasil gabungan silat Pagar Ruyung dan kuntau Yunan.
Cerita ini adalah bersumber lisan ke lisan dan tidak terlepas dari kesilapan dari sudut kesohihannyan Harap maaf.
Ada masa saya bercerita lagi tentang 'buah pukul' buah yang tak buruk dari koleksi arwah ayah. Mungkin peminat 'buah pukul' yang sekampung dengan saya pernah mendengar nama seperti PokTeh Mat Yasin, Nyang PokNoh,Cu Aman,Pak Anjang Berahim(WakYeng),Tokki Mat Wong,Jusoh Buyung, Pak Jambi dan akhir Matjejakrasul(Hak ni tak masuk senarai).T.k
2020
4 years ago
0 comments:
Post a Comment