Di pertengahan tahun 60'an dahulu, saya masih dapat merasakan kegembiraan zaman kanak kanak yg cukup meriah meraikan suasana kehidupan kampong tika itu. Kampong Kuala Pontian Pahang cukup sinonim dalam pengertian sebenar dikala kemuncak 60'an dan sekarang ia sepi dan sayuhati apabila sesekali menjejak kaki kesana.
hanya hiasan saja
Dizaman itu arwah atuk saya Muda bin Su yg lebih dikenali dengan panggilan Pak Teh Da boleh di anggap sebagai 'pakar' sebagai tukang boat kayu, kebiasaan baginya menyiapkan atau membina boat yg berkekuatan injin 16 kuasa kuda. Saya tika itu masih lagi mentah dan tidak begitu mendalami keceriaan pembinaan boat, al maklumlah sebagai kanak kanak tak mengerti apa apa. Bila dah dewasa terasa 'rugi' dengan pengelaman itu. Usia pun lebih kurang 5@6 tahun tak mengerti apa bab pekerjaan orang orang tua.
Sebenarnya pengalaman ini agak panjang, tapi dek kerana kesuntukan masa untuk menulis artikel ini, wa hentikan untuk setakat ini dahulu, jika kelapangan nanti insa Allah akan sambung semula... tambahan pula artikel ini hanyalah untuk 'testpower' bagi blog yg baru ke alammaya ini dan jumpa lagi.
-editor mengejar cahaya
2020
4 years ago
0 comments:
Post a Comment