Saturday, March 28, 2009

Fenomena Aneh 23 Ramadhan 1428H

Pada petang 22 okt 2008 bersamaan petang 23 Ramadhan 1429H mengikut kalendar Islam, satu pemandangan menakjubkan telah muncul di langit Beserah dan mungkin di seluruh bandar Kuantan.Menjelang waktu
berbuka puasa, hampir keseluruhan langit redup dan bertukar warna jingga. Fenomena ini di sedari hanya mereka yang menjengah keluar atau keluar rumah. Sayangnya kebanyakan penghuni berkurung mungkin fokus hanya kepada juadah dan hidangan.



Ketika itu penulis hendak menuju ke surau Ar Raudhah berbuka puasa berjamaah bersama Hj Yaakob yang tetap setia.
Terkejut dengan keanihan, penulis segera merakam fenomena tersebut. Sayang ketika itu gagal untuk merenung dengan 'renungan mengenal' dengan 'malam yang lebih baik dari
seribu malam'. Sehinggalah pada beberapa malam selepas itu, seorang Ustaz muda ketika menyampaikan tazkirah memberitahu khabar dari ulama Yaman berpendapat Lailatulqadar jatuh pada 23 Ramadhan. Bila terkenang perasaan terkilan tetap menjelma. Di pilih tidak memilih. Itulah rezeki. Apapun pesan guru, apajuapun pertamanya DIA di ikuti usaha ikhtiar. DIA yang awal DIA yang akhir. DIA yang zahir DIA yang batin. DIA memenuhi DIA meliputi. Wallahua'alam.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger