This is featured post 1 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
This is featured post 2 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
Sunday, December 27, 2009
Monday, November 2, 2009
Dr.Asri bekas mufti Perlis di tangkap
8:11 AM
Abusarah
Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam tadi.
Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay,dekat sini.
Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.
Beberapa jemaah yang ditemui Harakahdaily,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.
Sungguhpun begitu,Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin,yang berada di kediaman itu,berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ bertenang.
Dalam pada itu,kira-kira 2 jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.
Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.
Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.
Sebelum pergi, Dr Asri sempat meminta supaya pihak media menunggu beliau dirumah tersebut kerana akan mengadakan sidang media.
"Jangan bimbang,saya akan balik semula ke sini.Doakan kepada saya.
"Tunggu saya...akan membuat sidang media," katanya di hadapan orang ramai dan pihak media yang mengerumuni rumah tersbut.
Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(Yadim).
Beliau dipercayai dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan.Turut serta bersama beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang,Shaari Sungib.
- harakah
Saturday, October 17, 2009
Mat mat rempit di jangka hadir di program IFTAF
10:20 PM
Abusarah
Majlis Mahabbah Aidilfitri dan hari keluarga Ikatan Pendidikan Tauhid Tasawwuf Malaysia atau IFTAF akan di adakan Rhu Muda Beach Hotel Marang Terengganu pada 18hb oktober ini.
Pengurusi IFTAF Mustaffa Kamal Hamzah berkata "seramai 300 matrempit di jangka hadhir nanti dalam usha usha mendidik dan mendekatkan mereka dalam program program kemasyarakatan".
Progaram ini menjadi loncatan untuk mengajak masyarakat semua agar adpat beramal dengan ajaran Islam sebenar yang berasaskan mazhab Al Sunnah Wal Jamaah yang bertunjangkan tauhid tasawwuf.
Majlis ini dijangkakan akan dfi hadiri 10,000 orang tetamu termasuk para pendukung IFTAF dari seluruh negeri. Antara aturcara yang bakal di adakan nanti termasuklah qasidah, nasyid dan sukaneka di samping jamuan sempena hariraya.
Majlis ini turut di anjurkan bersama Persatuan Saudara Baru Islam Terenganu, kata Mustaffa Kamal kepada pemberita Sinra Harian kelmarin.
Friday, October 9, 2009
Waktu & tarikh gempa bumi bandingan Al Quran.. masya Allah..
11:56 AM
Abusarah
“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt.. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.
sumber; eramuslim
Wednesday, October 7, 2009
Nafsu yang degil
12:09 AM
Abusarah
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Monday, October 5, 2009
Melawat penternakan ayam kampong kormersal
9:45 PM
Abusarah
Minggu lepas 'Skuad Tinjau Akarbeluru' dan krew telah mengadakan lawatan ke pusat ternakan ayam kampung yang di usahakan oleh Tuan Hj. Yaakub dan rakan-rakan sewaktu dengannya.
Lokasi berhampiran Taman Beserah, Jalan Satelit Bumi Kuantan. Terletak di kawasan kebun buahan seluas lebih kurang 3 ekar dengan morfologi berbukit.
Terdapat kira-kira 200 ekor ayam kampung kormesal yang sedia di pasarkan. Ternakan di biarkan bebas pada waktu pagi, dan memasuki reban pada sebelah petang. Makanan daripada jagung, dedak, sagu dan rumput di kebun tersebut. Menurut Pak Kob, ayam yang di sembelih di proses cara manual untuk mengekalkan kesegaran serta menepati syarak sebelum di pasarkan.
Menurutnya lagi idea untuk menternak ayam kampung pada peringkat awal hanyalah mengisi masa lapang setelah banyak masa habis di kedai kopi bersama kawan-kawan yang kebanyakan bekas pesara kerajaan.
Pakatan di persetujui untuk menternak ayam kampung yang bersih daripada antibiotik dan bahan kimia.
Apa yang menarik perhatian, di sini kaya dengan fauna bernilai bagi menambah kazanah karya fotografi 'Cengal Emas'.
Haji Yaakub:0199318009. Pesan guru, adalah fardhu kifayah bagi kita umat Islam menyediakan makanan Halalan Thoiyibah.
Sunday, September 20, 2009
KISAH ASAL USUL BATU HAJAR ASWAD
12:09 AM
Abusarah
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.
Ada riwayat menyatakan bahwa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan semacam seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, dan sesduailah berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."
- emel belalang
Sunday, September 6, 2009
Saya Kristian, saya juga Muslim - Redding
7:12 PM
Abusarah
Inilah bahana fahaman antara kepercayaan yang diamalkan dalam kehidupan. Fahaman "interfaith" ini sangat berbahaya kerana mencampuradukkan beberapa fahaman agama menjadi suatu pegangan hidup. Misalnya, Ann Holmes Redding seperti yang dilaporkan di bawah ini mengamalkan kehidupan sebagai seorang Kristian dan pada masa yang sama mengaku mengamalkan ibadat sebagai seorang Muslim.
Menurut artikel di bawah, "Redding mengatakan bahawa dia kini seorang Kristian dan Muslim. Dia bersembahyang setiap hari di gereja, dan pada masa yang sama dia juga bersembahyang lima waktu sehari menyembah Allah".
Bayangkan jika fahaman sebegini diamalkan oleh umat Islam di negara ini yang jahil tentang konsep keesaan Tuhan dan menganggap konsep antara kepercayaan ini sebagai suatu konsep agama yang baru. Walau bagaimanapun konsep keagamaan seperti ini bukanlah suatu yang baru di luar negara kerana perkara sebegini telah pun diamalkan oleh segelintir umat Islam di serata dunia. Misalnya, paparan klip video Shah Rukh Khan dan Salman Khan yang bersembahyang/mengikuti upacara keagamaan di kuil dan pada masa yang sama mengaku sebagai Muslim.
Ikuti ulasan nya:
[ABC] - Ann Holmes Redding was a prominent priest in the Episcopal Church for 25 years -- until a radical test of faith shook her beliefs to the core.
A month after her mother passed away in 2006, Redding went to her mother's apartment to pack up her belongings. Distressed and emotional, she began practicing an Islamic meditation technique that she'd learned in an interfaith class.
"The church where I was working invited in a speaker on Islam," she said.
"This particular class, the teacher introduced an Islamic prayer practice that I began that night when I went home, because it called to me as something that would be helpful in my spiritual practice."
And that's when it happened.
"I knew that Islam, the word itself, means surrender, self-surrender to God. So I surrendered to God and became a Muslim," she said.
"It came with such clarity and such power that I could understand it as nothing else but an invitation from God."
Redding says she is now both a Christian and a Muslim. She prays daily and in church, but she also prays five times a day to Allah.
"I pray as a Christian every day," she said.
"I'm one person and I actually am Christian and Muslim wherever I'm praying, whenever I'm praying."
"Jesus was the one who led me into Islam," she said.
But she no longer believes that Jesus is the only path to heaven.
"When Christians use the language that Jesus is the only begotten son of God, I would argue that they are not using that language literally," she said.
"It's figurative language; it's metaphorical language."
"I believe God's salvation is bigger than Jesus."
- duniacacamarba.blogspot
Friday, August 28, 2009
Pengalaman Ustaz Haron Din di Makkah
11:37 PM
Abusarah
Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)
Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu
iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang
mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya
datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.
Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling
Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP.
Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf
seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu
lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangny a,
ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.
Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama
pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang
empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.
Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya
boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah.
Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai
oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan
untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.
Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan
pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi
menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani
Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani
Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di
buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu
dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa?:58)
Mahfumnya ?Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang
berhak menerimanya?
Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani
Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata
mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa
kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila
kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk
Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.
Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian
di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar
pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8
tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.
Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah
yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian
Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu.
Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan
Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di
simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu
lama ada disimpan di dalam itu.
Bahagian Kedua (Kuliah Pengubatan
pada 12-Feb-2007)
Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia ,
multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah
keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah
yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh
selesai.
Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi
imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet
dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada
masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan
masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak
bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.
Saya kata kepada dia, ?Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya
dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku
boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.?
Dia mintak maaf tetapi dia kata ?Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang
kamu nak??. Saya kata ?Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku
masuk ke dalam Kaabah.? Dia kata ?Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah
buka?. Saya kata ?Tak apalah kamu arahlah?. Dia kata ?Tak apa itu perkara
kecil, mintak yang lain.? Saya kata ?Tidak, itu paling besar pada saya.
Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada
cukup.?
Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah
kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini. Wallahu 'alam.
- emel/belalang?
Thursday, August 20, 2009
Hidupkan Jiwa tasawuf - sambungan 2
9:20 AM
Abusarah
Bila mutiara ilmu tasawuf mula dijauhi maka senanglah jarum jarum yahudi-zionis menusuk kedalam jiwa dan sanubari umat islam melayu ,melumpuhkan perlahan-lahan semangat dan roh perjuangan kita dari terus bangkit.Maka Islam liberal,wahhabi,anti-hadis,syiah,ulamak politik dan banyak lagi pihak-pihak lain yang akan mengambil kesempatan dan tersenyum riang bila mereka dengan mudah menipu daya malah mempergunakan umat melayu-islam untuk menjayakan misi dan agenda mereka.
Oleh itu,marilah kita rapatkan saf,bersatu dalam perjuangan dan berkongsi ilmu-ilmu pengetahuan,samada ilmu agama atau ilmu duniawi kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksudpost">
“Sesiapa yang mahukan dunia,hendaklah dengan ilmu,sesiapa yang mahukan akhirat,hendaklah dengan ilmu dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya,maka hendaklah dengan ilmu”
Ramai dari kita yang mendakwa sudah banyak ilmu agamanya tetapi amat tipis ilmu tasawufnya,lalu kebenaran itu diukur dengan pemahaman kita sendiri,lalu ada yang tertipu dengan pandangan mata,maka taksublah hati dengan muslihat orang agama yang berjubah,berkopiah yang melaung-laungkan slogan islam ,yang mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi dan duniawi ,tetapi dari segi praktikal agamanya amat jauh lagi untuk menemui Ihsan,apatah lagi untuk hati atau Qalbunya terus-menerus berzikir mengingati Allah dalam tidur dan jaganya.
Cuba kita teliti kata-kata imam Shafie r.a ini…
“Jika kamu melihat lelaki berjalan di atas air dan dapat terbang di udara,janganlah kamu terpedaya dengannya sehingga kamu melihat amalannya terhadap Al-kitab (Al-quran) dan As-Sunnah saw”
Ilmu Tasawuf adalah inti atau teras kepada ilmu setiap pejuang di jalan Allah.Para sahabat dan ahli-ahli sufi terdahulu,kebanyakannya adalah pejuang dijalan Allah.Ada juga ahli sufi moden yang tidak mahu turut serta dalam perjuangan di jalan Allah dengan alasan jihad yang terbesar adalah jihad melawan hawa nafsu,lalu mereka mengajak pengikut mereka terus zuhud dan mengasingkan diri dari khalayak ramai.Maka tinggallah masyarakat dengan masaalah sosialnya serta krisis iman dan islam yang semakin serius tanpa bantuan atau bimbingan mereka yang tahu dalam ilmu agama.Jika semua mereka menyisihkan diri dari masyarakat,siapa lagi yang mahu menyeru manusia kearah kebaikan dan menahan manusia dari melakukan kemungkaran?siapakah pula yang akan mendidik bakal generasi akan datang? Siapakah pula yang akan berdakwah dan menyeru manusia ke jalan Allah?
Hayatilah Firman Allah dalam surah At-taubah ,ayat 41 yang bermaksud
“Dan berangkatlah kamu kemedan juang samaada dalam keadaan ringan ataupun berat,berjihadlah kamu dengan harta benda dan jiwa raga kamu dijalan Allah,yang demikian itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui”
Bukankah hakikat kewujudan kita yang sebenar ialah untuk membuat pengabdian kepada Allah SWT dan beramal hanyalah untuk Dia.Firman Allah SWT dalam surah Az-Zariyaat ayat 56 yang bermaksud:
“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mengabdikan diri kepada Aku(Allah)”
Marilah bertafakur sejenak, agar kita tidak menjadi makhluk atau hamba yang tercela di sisi Allah SWT dengan menghayati Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 179 yang bermaksud :
“Mereka mempunyai hati,tetapi mereka tidak mengerti.mereka mempunyai mata,tetapi tidak melihat.mereka mempunyai telinga,tetapi tidak mendengar.mereka bagaikan binatang ternak bahkan lebih sesat dari itu lagi.Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang lupa.”
- Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta
Wednesday, August 12, 2009
Hidupkan Jiwa tasawuf - inilah jalan kita bhg.1
10:24 PM
Abusarah
Ilmu Tasawuf atau ilmu Kesufian adalah merupakan kunci utama bagi pembersihan hati sanubari dan jiwa nurani.Ia adalah merupakan alam pembersihan jiwa dari segala rupa bentuk kekotoran,alam untuk membersihkan diri daripada dosa setelah melakukan perkara-perkara mungkar yang bertentangan dari syariat Allah.
Sesungguhnya ilmu tasawuf dapat menguatkan minda dan spiritual kita .Oleh itu pembangunan IQ dan EQ kita pasti berjalan seiringan dimana dengan amalan tasawuf ini,ia akan menguatkan lagi akidah dan keyakinan hidup terhadap Yang Maha Pencipta.
Penguasaaan ilmu ini mestilah melalui bimbingan guru yang mursyid,disamping banyak membaca,bertanya dan mendalami kitab-kitab tasawuf karangan ulama - ulama tasauf yang terkenal supaya kita memahami dan mendapat gambaran yang menyeluruh tentang maksud sebenar perjalanan tasawuf dan kerohanian kita,dimana maksud akhir si salik adalah untuk mencapai redha Allah setelah mengenal Allah dengan sebenar-benarnya dimana sebelum itu kita perlu berjaya mengenali diri kita sendiri tanpa pergi jauh .
Apapun kaedah ,jalan-jalan kerohanian yang kita tempuh,semuanya pasti bertemu pada satu titik persamaan iaitu mengenal Allah.Apa yang penting disini ialah kita mestilah berpegang kepada sumber Al-Quran dan hadis/sunnah sebagai teras atau kayu pengukur untuk menilai setiap kaedah atau perjalanan kerohanian itu.Setiap amalan atau kaedah yang bertentangan dengan Al-Qur an dan sunnah perlu ditolak.Oleh itu penguasaan bidang ilmu ini adalah perlu bagi seorang guru yang mursyid dalam membimbing para salikin menuju TuhanNya.
Kita perlulah mempelajari dan memahami betul-betul konsep pengajian ilmu tasawuf ini kerana di dalamnya terdapat beberapa penyelewengan di dalam amalan dan penghayatan hidup sebenar.Hal ini terjadi disebabkan kefahaman individu dalam pengajian ilmu ini telah menyeleweng lalu mencipta amalan sendiri kononnya untuk cepat sampai kepada makam-makam yang lebih tinggi dan mulia disamping untuk mendekatkan diri kepada Allah.Kefahaman seperti ini adalah sebenarnya duri dalam daging yang menyebabkan masyarakat semakin takut untuk belajar tasawuf.Bila sebut saja tasawuf maka terlintaslah dalam fikiran mereka satu kumpulan manusia yang berkumpul dan mengamalkan wirid-wirid tertentu,dengan gaya yang tertentu dan akhirnya akan difatwakan sesat oleh pihak penguasa.Bila gambaran tersebut menular,maka generasi demi generasi yang akan datang mulai membenci tasawuf ,malah ada yang menganggap bahawa mempelajari tasawuf dan mengambil sesuatu ajaran tareqat itu adalah suatu amalan Bidaah yang perlu dijauhi.Ini amat jelas sekali bila seorang yang berilmu atau bertaraf mufti mula menuduh kaum sufi ini sesat dan menyesatkan. Bersambung semula di keluaran akan datang insya Allah - Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta/blogers
Tuesday, August 4, 2009
Ditangkap kerana jual Al-Quran di India
9:58 PM
Abusarah
Di India, seorang ditangkap kerana cuba menjual Al-Quran bersejarah dengan harga $50 juta.
Al-Quran yang seberat 13 KG ini di tulis dengan tulisan tangan oleh salah seorang pemerintah India pada tahun Muhi ud-din Muhammad Aurangzeb Bahadur Alamgir I, atau lebih dikenali Aurangzeb iaitu anak ketiga Shah Jahan dan Mumtaz Mahal.
Al-Quran ini ditulis dengan menggunakan tinta emas dan perak, kalis api dan setiap helaian diberi wangian yang berbeza baunya.
Kemungkinan juga, larangan itu di buat kerana mengambil kira pelbagai kesan yang bakal timbul nanti. Kepuspusan Al Quran yang agak unik itu atau pun pemilik yang meragukan dan sebagai nya.
ref:I/hangat
Friday, July 31, 2009
Tentara Nigeria Menyerbu Masjid Kumpulan Islam
9:22 AM
Abusarah
Angkatan tentera Nigeria menyerbu sebuah masjid yang menempatkan anggota militan Islam dan menembak sekurang kurang nya 100 orang anggota kumpulan tersebut.
Anggota kumpulan yang dikenali sebagai 'Boko Haram' itu beberapa hari terakhir melakukan beberapa tindakan yang menyebabkan ratusan orang terbunuh.
Seorang wartawan Associated Press (AP) yang menyaksikan serbuan di masjid di Maiduguri itu mengirakan sekitar 50 mayat terdapat di dalam bangunan tersebut, dan 50 yang lainnya disekitar halaman. Serbuan itu dilakukan pada Rabu (29/7) malam waktu tempatan, setelah beberapa malam sebelumnya berlaku rusuhan di utara kota Maiduguri.
Ramai anggota militan itu kini melarikan diri setelah mendapat tindak balas dari tentara Nigeria. Namun, di sepanjang jalan dalam pelarian itu mereka menyerang terus pos-pos kawalan pihak polis. Kumpulan Boko Haram yang disebut juga dengan nama "Taliban" itu ingin menggulingkan pemerintah dan mau menerapkan hukum Islam di seluruh negeri.
Panglima pasukan Nigeria, Mayor Jenderal Saleh Maina, mengatakan, wakil pimpinan militan itu telah terbunuh, Rabu, dalam sebuah pengeboman yang berlanjutan se hingga malam rabu. Namun begitu ketua kumpulan di bawah pimpinan Mohammed Yusuf di percayai telah melarikan diri bersama dengan sekitar 300 orang pengikutnya.
Jurucakap tentara Nigeria, Chris Olukolade, berkata kepada BBC peraturan sekarang telah dipulihkan di Maiduguri. Orang ramai sudah dapat kembali bekerja semula dan keadaan agak terkawal.
Dalam siri keganasan selama empat hari itu, sejak penyerbuan lebih kurang 1000 orang anggota militan ke pos kawalan dan pejabat pejabat kerajaan di beberapa bandar di utara Nigeria, lebih kurang 300 orang telah terbunuh. Presiden Nigeria Umaru Yar'Adua telah memerintahkan pasukan keamanan negara itu mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengawal dan menangkis rusuhan dari mereka..
Pasukan keselamatan telah membanjiri Maiduguri dan mulai mengusir anggota militan tersebut pada hari Rabu. Rusuhan bermula di daerah Bauchi pada hari Minggu, lalu merebak ke daerah daerah yang lain.
Syariah Islam telah diterapkan secara meluas di utara Nigeria, tetapi sejauh ini tidak ada sejarah yang di lapurkan ianya berkait dengan Al Qaeda di wilayah itu. Nigeria berpenduduk 150 juta orang dan terbahagi hampir se imbang antara penduduk Muslim di utara dan Kristian di selatan.
- ref:kompas/editor307
Tuesday, July 28, 2009
Orang Melayu di Myanmar
8:44 AM
Abusarah
Gambar:sebuah masjid di pekan 'Pulau Dua' atau 'Victoria Point'. Di belakangnya macam nenara masjid juga, tetapi rumah ibadat orang Buddha.
Teringat saya tengahari tadi, waktu mula-mula sampai di Pulau Dua atau Victoria Point dalam daerah Kawthoung, sebuah semenanjung Selatan Myanmar. Semasa berada di pejabat imigresen membuat laporan, pegawainya memberitahu.. "Kami terpaksa simpan paspot anda.. dan anda kena tinggal di hotel yang ditetapkan, yakni cuma boleh di dua buah sahaja di sini. Tidak boleh keluar jauh dari kawasan ini (sekitar 3 kilometer sahaja)." katanya.
Bagaimana kalau saya nak ke Yangon?" Saya tanya. "Tak boleh.. kena ada visa khas. Kena minta permit profesional. Kena ada jaminan syarikat perniagaan di sini.." Saya nak jimatkan masa untuk pulang ke Malaysia cepat. "Sebagai pelancung pun tak boleh?" Dia menggeleng kepala. "Tak boleh!". Tegas tapi tersenyum. Saya pun bayar wang yang ditetapkan 10 AS dolar, lalu pergi, dan selesaikan masalah hotel pula.
"Saya nak melawat saudara-saudara kita yang beragama Islam! Di mana mereka?" Saya tanya seorang pemandu motosikal tambang. Dia adalah seorang Myanmar beragama Islam. Menurutnya, dia berketurunan bangsa Pusto-Myanmar, yang masuk Islam di zaman remaja puluhan tahun lalu berkahwin dengan gadis Melayu warga Myanmar. Dia pernah bekerja di Malaysia dan pandai bahasa Malaysia, dia memilih nama Muhammad Yusof.
"Jom kita pergi ke kampung Melayu 'Dua Batu'!" Sebenarnya batu ke 2, tetapi begitu sebutan orang di sana. Bermula dari pekan itu kami bertolak dengan motosikal melalui jalanraya sehingga ke batu 2 itu, kami turun bukit arah pantai menyusup di celah-celah rumah orang Melayu. Macam rumah-rumah tradisional lama orang orang di negeri Kedah. Berselerak, tidak teratur di atas pasir putih pantai. Melintasi beberapa kawasan perigi tempat mandi, ramai wanita-wanita dan gadis sedang mandi berkemban. Macam budaya orang Melayu di Malaysia dulunya. Tak sampai hati saya nak ambil gambar.. malu.
Apabila mereka tahu saya orang Malaysia, ramai-ramai tunggu di muka pintu rumah masing-masing. Belum sempat saya beri salam, mereka beri salam dulu, dengan senyaman mereka mengajak naik ke rumah. "Mai minum kopi dulu!" kata mereka dalam bahasa Melayu loghat Kedah atau Satun, selatan Thai.
Saya pun singgah di salah sebuah rumah. Rumah itu berbumbung dan dinding dari atap nipah. Makin ramai yang datang berkumpul. "Ada berapa rumah orang Melayu di sini?"
"Kira-kira 100 buah.. Semuanya Melayu beragama Islam! Hidup ikut budaya orang Melayu. Ajak la kawan-kawan dari Malaysia mai jenguk-jenguk tenguk kami ni!" Jawabnya.
Saya tanya lagi, "Banyak ke lagi kampung Melayu macam ni di Pualau Dua ni?" "Lebih dari sepuluh kampung!". Begitulah mesranya mereka.. kerana bertemu sesama Islam yang berjauahan dan satu turunan pula. Akhirnya kami berpisah.
"Jom kita ke kampung Melayu yang lain pula. kita jumpa pemimpin dan tok guru mereka pula!" Pelawa Mohd Yusof pemandu motosikal tambang itu.
-Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Pulau Dua Selatan Myanmar
Julai 2009 11.10 pagi waktu Myanmar.
Teringat saya tengahari tadi, waktu mula-mula sampai di Pulau Dua atau Victoria Point dalam daerah Kawthoung, sebuah semenanjung Selatan Myanmar. Semasa berada di pejabat imigresen membuat laporan, pegawainya memberitahu.. "Kami terpaksa simpan paspot anda.. dan anda kena tinggal di hotel yang ditetapkan, yakni cuma boleh di dua buah sahaja di sini. Tidak boleh keluar jauh dari kawasan ini (sekitar 3 kilometer sahaja)." katanya.
Bagaimana kalau saya nak ke Yangon?" Saya tanya. "Tak boleh.. kena ada visa khas. Kena minta permit profesional. Kena ada jaminan syarikat perniagaan di sini.." Saya nak jimatkan masa untuk pulang ke Malaysia cepat. "Sebagai pelancung pun tak boleh?" Dia menggeleng kepala. "Tak boleh!". Tegas tapi tersenyum. Saya pun bayar wang yang ditetapkan 10 AS dolar, lalu pergi, dan selesaikan masalah hotel pula.
"Saya nak melawat saudara-saudara kita yang beragama Islam! Di mana mereka?" Saya tanya seorang pemandu motosikal tambang. Dia adalah seorang Myanmar beragama Islam. Menurutnya, dia berketurunan bangsa Pusto-Myanmar, yang masuk Islam di zaman remaja puluhan tahun lalu berkahwin dengan gadis Melayu warga Myanmar. Dia pernah bekerja di Malaysia dan pandai bahasa Malaysia, dia memilih nama Muhammad Yusof.
"Jom kita pergi ke kampung Melayu 'Dua Batu'!" Sebenarnya batu ke 2, tetapi begitu sebutan orang di sana. Bermula dari pekan itu kami bertolak dengan motosikal melalui jalanraya sehingga ke batu 2 itu, kami turun bukit arah pantai menyusup di celah-celah rumah orang Melayu. Macam rumah-rumah tradisional lama orang orang di negeri Kedah. Berselerak, tidak teratur di atas pasir putih pantai. Melintasi beberapa kawasan perigi tempat mandi, ramai wanita-wanita dan gadis sedang mandi berkemban. Macam budaya orang Melayu di Malaysia dulunya. Tak sampai hati saya nak ambil gambar.. malu.
Apabila mereka tahu saya orang Malaysia, ramai-ramai tunggu di muka pintu rumah masing-masing. Belum sempat saya beri salam, mereka beri salam dulu, dengan senyaman mereka mengajak naik ke rumah. "Mai minum kopi dulu!" kata mereka dalam bahasa Melayu loghat Kedah atau Satun, selatan Thai.
Saya pun singgah di salah sebuah rumah. Rumah itu berbumbung dan dinding dari atap nipah. Makin ramai yang datang berkumpul. "Ada berapa rumah orang Melayu di sini?"
"Kira-kira 100 buah.. Semuanya Melayu beragama Islam! Hidup ikut budaya orang Melayu. Ajak la kawan-kawan dari Malaysia mai jenguk-jenguk tenguk kami ni!" Jawabnya.
Saya tanya lagi, "Banyak ke lagi kampung Melayu macam ni di Pualau Dua ni?" "Lebih dari sepuluh kampung!". Begitulah mesranya mereka.. kerana bertemu sesama Islam yang berjauahan dan satu turunan pula. Akhirnya kami berpisah.
"Jom kita ke kampung Melayu yang lain pula. kita jumpa pemimpin dan tok guru mereka pula!" Pelawa Mohd Yusof pemandu motosikal tambang itu.
-Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Pulau Dua Selatan Myanmar
Julai 2009 11.10 pagi waktu Myanmar.
Thursday, July 23, 2009
Keistimewaan nya Baitullah
10:24 PM
Abusarah
Baitullah, selain daripada menjadi tempat beribadat umat manusia dan jin, turut menjadi tempat tawaf semua malaikat yang ditugaskan di muka bumi ini.
Keistimewaan Baitullah ialah kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit, Arasy.
Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah menyebut Makkah dipilih sebagai tempat binaan Ka'abah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.
Apakah dia Baitul Makmur? Baitul Makmur adalah tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.
Ini kerana Arasy itu kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari kiamat.
Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.
Kepatuhan mereka adalah susulan daripada satu peristiwa malaikat cuba mempersoalkan kewujudan Nabi Adam, manusia pertama di muka bumi.
Peristiwa ini disebut dengan jelas dalam surah al-Baqarah (30) bermaksud, “Sesungguhnya Aku akan mencipta di bumi seorang Khalifah. Lantas malaikat bertanya, apakah Engkau akan mencipta di sana seorang yang akan melakukan fasad (kerosakan) dan akan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih kepada Engkau? Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui!”.
Jawapan tegas daripada Allah menyebabkan malaikat amat takut akan kemurkaan Allah terhadap soalan yang mereka ajukan.
Lalu mereka memohon ampun dan berjanji tidak akan menyangkal keputusan Allah. Mereka seterusnya mengerjakan ibadat tawaf untuk mendapatkan keampunan daripada Allah. Wallahu'alam!
emel/?i/hangat
Saturday, July 18, 2009
CATATAN PERJALANAN IBNU HASYIM - 3
8:39 AM
Abusarah
PERJALANAN diteruskan. Kini kami ke rumah Ustaz Haji Mohd Yusof, bukan Muhammad Yusuf pemandu motosikal yang membawa saya ke sana itu. Dari Pulau Tongtong, ke Sepuluh Batu.
Kampung yang di bawah pohon-pohon nyiur melambai-lambai, di atas tanah pasir putih bersih di tepi laut. Rumah papan tradional orang Melayu.
Disambutnya kami dengan mesra, saya memberitahu hasrat nak tahu mengenai orang Melayu Pulau Dua ini, setelah menjemput kami masuk, katanya... "Dulu sebelum bandar Pulau Dua yang ada sekarang menjadi pusat pemerintahan wilayah Kawthoung di Myanmar, pusat pemerintahannya adalah di Malay One.. beberapa batu lagi tambah jauh dari sini tinggalkan pekan Pulau Dua."
"'Malay One'! Melayu Satu, perkataan Inggeris??" Saya tanya.
"Ya. Inggeris menamakan tempat itu. Ertinya, Inggeris mengiktiraf orang Melayu sudah ada di sini." Jawabnya. "Nama Myanmar berasal dari istilah 'Myanma Naingngandaw' yang digunakan sejak abad ke 12 lagi. Tetapi asal-usulnya tidak begitu jelas." Menurutnya, nama itu digunakan semula dari nama sebelum itu 'Burma', pada 1989 dan telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, tetapi tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat dan Inggeris, United Kingdom kerana ia diperintah oleh kerajaan junta.
Bila saya lihat dalam Wikipedia, Myanmar merdeka dari United Kingdom pada 4 Januari 1948 sebagai 'Kesatuan Burma' . Kemudian bertukar kepada 'Republik Sosialis Kesatuan Burma' pada 4 Januari 1974. Akhirnya, sekali lagi bertukar kepada 'Kesatuan Burma' pada 23 September 1988. Maka pada 18 Jun 1989, Majlis Pelembagaan menukar nama kepada 'Kesatuan Mynamar' seperti yang ada sekarang.
Myanmar bersempadan dengan Republik rakyat China di utara, Laos di timur, Thailand di tenggara, Laut Andaman di selatan serta Teluk Bengal di barat daya. Satu per tiga tanah Myanmar atau 1,930 km dikelilingi oleh pesisiran pantai dari keluasan Myanmar 678,500 km persegi. Negara terbesar di tanah benua Asia Tenggara dan ke 40 terbesar di dunia selepas Zambia, tetapi lebih kecil dari negeri Texas di Amerika Syarikat.
"Rumah dan tanah tempat kami duduk di pesisir pantai ini adalah warisan turun temurun dari banga Melayu, seingat saya." Katanya "Walaupun pada 1989 kerajaan junta tentera telah mengubah nama 'Burma' yang digunakan Inggeris kepada Myanmar, dan banyak tempat lain turut ditukar, termasuklah bandar Rangoon kepada Yangon, namun nama-nama Melayu di selatan Myanmar masih lagi kekal, walau ada juga akhir-akhir ini cubaan menukar dari nama-nama itu kepada nama dalam bahasa Myanmar."
"Contohnya??" ada beberapa nama kampong dengan panggilan nama kemelayuan nya.
"Ya. Contohnya, Pulau Dua, Pulau Tongtong (binatang sejenis penyu), Sungai Gelama (ikan), Sepuluh Batu, Kepala Batu, Tanjung Badai, Pasir Panjang, Malay One, Cham Prong (dalam bahasa Siam bererti 'sekor gajah' tetapi penghuninya orang Melayu Thai), Teluk China, Teluk Besar, Mek Puteh (nama wanita Melayu), Sungai Balai, Pulau Balai, Pulau Cek Ali (Nama lelaki Melayu Islam), Tanjung Peluru, Teluk Peluru, Tanjung Gasi, Pulau Rotan Helang, Pulau Senangin dan banyak lagi.." Jelas Mohd Yusof lagi.
Sistem politik di Myanmar kini, di dikawal oleh Majlis Pembangunan dan Keamanan Negara yang menguasai kerajaan sejak 1992, dan dipimpin oleh kerajaan junta tentera di bawah Jeneral Than Shwe. Tentera Burma telah berjaya menguasai pemerintahan semenjak Jeneral Ne Win memimpin rampasan kuasa pada 1962 dan menumpaskan kerajaan awam pimpinan U Nu. Sepanjang pemerintahan Empayar British sehingga 1948, Burma terus berhadapan dengan masalah ketegangan kaum. Kebudayaan Myanmar, seperti jirannya juga, berasaskan kepercayaan Buddha Theravada dengan ubahsuai dan tambahan elemen tempatan.
Begitulah kira-kira maklumat yang saya dapati setelah beberapa jam berziarah di rumahnya. Satu bukti, bumi dan negara Myanmar juga adalah milik bangsa Melayu. Saya bangun dan terlangak-langak mencari sesuatu di dalam rumahnya. "Kenapa?" Tanya isteri Mohd Yusof kepada saya.
"Saya nak cari bilik air, nak berwuduk. Nak sholat dah agak lewat ni!!"
"Oh! Di belakang rumah ini ada perigi... Tolong tunjukkan!" katanya pada suaminya.
Ya. Saya pun ke pergi belakang rumah menggunakan perigi. Terbayang saya sewaktu kecil-kecil, menceduk air dari perigi kira-kira 30 ke 40 tahun dulu di kampung Balik Pulau Pulau Pinang. Hampir macam inilah, keadaannya. Menceduk dan mengangkut air, suatu kerja menolong ibu waktu kanak-kanak yang paling saya malas dan bosan...
...bersambung.
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
-by tko
Wednesday, July 8, 2009
Ustazah di beri cek oleh Sport Toto
10:44 PM
Abusarah
Sport Toto telah mnegadakan tinjauan ke 18 buah bandar di seluruh Malaysia, dalam siri menghulurkan bantuan kebajikan nya kepada beberapa buah rumah badan kebajikan serta membuat persembahan kebajikan amal.
Antara rumah rumah kebajikan yang menerima bantuan dari Sport Toto termasuklah House of Joy dan Rumah Amal Belaian Kasih (Rabeca) di Lembah Kelang. Bagi pihak Rumah Amal Belaian Kasih, Ustazah Aquilah yang menerima anugerah itu. Merupakan cek dari Sport Toto yang bernilai 5,000 ringgit.
Dari segi luaran nya kita mendapati se orang Ustazah menerima sekeping cek dari Sport Toto, untuk kegunaan rumah amal tersebut.
Wednesday, June 17, 2009
Babi bersyukur jadi babi
10:06 PM
Abusarah
Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama bukans etakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript dibawah. Amin
Seorang nasrani berkata, "saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."
Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."
(cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata... )
Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."
Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."
(mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia... )
Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat atau sembahyang".
Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka.
Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?
Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar... maha suci ALLAH.
- Dapat melalui email, tak tahu kesahihan cerita ini tetapi mempunyai maksud tersirat yang sangat yang membuatkan kita malu jika tak solat/admin i/hangat
Seorang nasrani berkata, "saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."
Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."
(cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata... )
Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."
Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."
(mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia... )
Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat atau sembahyang".
Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka.
Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?
Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar... maha suci ALLAH.
- Dapat melalui email, tak tahu kesahihan cerita ini tetapi mempunyai maksud tersirat yang sangat yang membuatkan kita malu jika tak solat/admin i/hangat
Friday, May 29, 2009
Kisah Nabi Musa..Wallahualam
7:18 PM
Abusarah
Masih ingat dengan kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut merah
dengan tongkatnya? Jika salah satu diantara anda menganggap kisah tersebut hanya merupakan dongeng belaka, sekarang mari kita simak tulisan dibawah ini. Seorang Arkeolog bernama Ron Wyatt (lihat di http://www.wyattmus
eum.com/ron- wyatt.htm ) pada ahir tahun 1988 silam mengklaim bahwa
dirinya telah menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar
laut merah.
Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang
tenggelam dilautan tsb saat digunakan untuk mengejar Musa bersama para
pengikutnya.Menurut pengakuannya, selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama.
Temuan ini tentunya semakin memperkuat dugaan bahwa sisa-sisa tulang
belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Fir'aun yang
tenggelam di laut Merah. Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University
terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan,memang
benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia
sekitar 3500 tahun silam,dimana menurut sejarah, kejadian pengejaran itu
juga terjadi dalam kurun waktu yang sama. Selain itu,ada suatu benda menarik yang juga berhasil ditemukan, yaitu poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang,sehingga untuk saat ini bentuk aslinya sangat
Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita
semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi-nabiNya merupakan suatu
hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan belaka.
Diantara beberapa bangkai kereta tadi,ditemukan pula sebuah roda dengan 4
buah jeruji yang terbuat dari emas.Sepertinya, inilah sisa dari roda
kereta kuda yang ditunggangi oleh Firaun sang raja. Wallahualam.
- (Document link: Mohd Hasrol Haffiz Aliasak)/belalang emel
Monday, May 18, 2009
Air ubat gout siri 2 - serangan
9:49 PM
Abusarah
Serangan pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun, gout boleh menyerang semua peringkat umur, termasuk remaja.
Serangan gout berlaku secara mengejut dan cepat; tidak seperti artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi yang terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasa menambah kesakitan.
“Biasanya, serangan gout berlaku pada satu sendi dan tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. Serangan kedua biasanya mengambil masa lama (bulan atau tahun) untuk berlaku. Serangan boleh berulang dari semasa ke semasa pada sendi sama.
“Dianggarkan 60 peratus pesakit mengalami serangan kedua dalam masa setahun dan 78 peratus mendapat serangan kedua dalam masa dua tahun. Hanya tujuh peratus pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun.
“Jika tidak diberi rawatan dan penjagaan, serangan gout menjadi lebih kerap, lebih lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Serangan gout yang terlalu kerap adalah bahaya kerana boleh merosakkan sendi. Sama seperti kesan artritis lain, kerosakan sendi akibat gout tidak boleh dipulihkan dan menyebabkan seseorang pesakit menjadi cacat,” katanya pada pelancaran buku Panduan Amalan Klinikal Pengurusan Gout anjuran Persatuan Reumatologi Malaysia dan Akademi Perubatan Malaysia.
Dulu gout dianggap penyakit orang kaya yang disebabkan pemakanan. Meskipun ia terbukti tidak benar, makanan dan minuman boleh menjadi pencetus serangan, terutama jika seseorang itu mengambil terlalu banyak minum minuman beralkohol dan mengambil makanan yang kaya kandungan purin.
Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa faktor seperti:
Terlalu banyak minum minuman keras
Terlalu banyak makan, terutama makanan yang kaya purin
Kecederaan kecil pada sendi
Tidak cukup minum air
Badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubat
Mengamalkan diet melampau
Berpuasa (contohnya sebelum pembedahan)
Pengalaman setiap pesakit mungkin berbeza, tetapi gejala yang biasa dilaporkan ialah:
Kesakitan secara tiba-tiba pada sendi yang selalunya membuatkan seseorang terjaga daripada tidur
Sendi bengkak dan terasa panas
Sendi menjadi merah dan nampak lebam
Pembentukan ‘tophi’ iaitu bintil atau ketulan di bawah kulit dan berhampiran sendi yang berisi kristal asid urik. Bintil tophi ini biasanya muncul pada pesakit yang lama menghidap gout. Ia boleh muncul di siku, jari, buku lali atau cuping telinga. Pada sesetengah pesakit, asid urik berlebihan ini berkumpul di dalam buah pinggang dan membentuk batu karang yang boleh menjejaskan fungsi buah pinggang
Malah, gout pada pesakit yang berumur adalah berbeza dengan pesakit muda seperti:
Gout pada pesakit berumur membabitkan banyak sendi
Lebih banyak wanita berumur mengalami gout
Gout berlaku pada sendi kecil pada pesakit tua
Pesakit tua yang mendapat gout ketika umur muda lebih mudah mengalami bintil tophi
Ada kaitan antara gout dengan ubat diuretik dan penyakit buah pinggang
Diagnosis gout
Perunding Reumatologi Hospital Pakar Al-Islam, Dr Mohd Shahdan Mohd Shahid, berkata gout boleh meniru gejala reumatoid artritis. Walaupun kebanyakan pesakit mengalami hiperurisemia, bukan semua orang yang tinggi kandungan asid urik dalam darah boleh dianggap menghidap gout.
Tanda paling jelas ialah serangan atau kesakitan sendi ibu jari kaki, tetapi pada masa sama doktor masih perlu menjalankan pemeriksaan lain untuk mengesahkannya.
Ini termasuk ukuran kandungan asid urik melalui ujian darah. Paras asid urik biasanya meningkat ketika serangan, tetapi sesetengah kes asid ini ada pada tahap normal. Kadangkala ujian cecair sendi perlu dilakukan untuk melihat kehadiran kristal asid urik.
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN/emel
Saturday, May 9, 2009
Air ubat gout - siri 1
10:06 PM
Abusarah
SELAIN makan ubat, antara nasihat wajib yang dipesan setiap hari kepada pesakit gout di hospital ialah minum banyak air. Soalnya, banyak mana kerana bagi pesakit gout tua, empat lima cawan air sehari juga dianggap banyak. Sebenarnya jumlah yang diperlu diminum ialah dua hingga tiga liter sehari.
Jika ada yang tidak dapat bayangkan banyak mana, tiga liter bersamaan dengan dua botol besar air mineral. Banyaknya! Perlukah minum sebanyak itu? Tidakkah nanti asyik berulang ke tandas untuk buang air kecil?
Sebenarnya memang itulah tujuannya — supaya air kencing pesakit sentiasa dalam keadaan cair. Kerap berulang ke tandas dianggap baik kerana ia menandakan lebih banyak garam dibuang daripada badan.
Gout adalah penyakit yang disebabkan pengumpulan asid urik dalam badan. Asid urik yang terbentuk dalam darah adalah hasil pemecahan pelbagai proses kimia.
Biasanya darah dibersihkan melalui proses penapisan di dalam buang pinggang dan asid urik kemudian dibuang melalui air kencing.
Bagaimanapun, badan pesakit gout tidak dapat menyingkir asid urik secukupnya dan parasnya di dalam darah meningkat. Asid ini mendap di sendi yang boleh menyebabkan keradangan akut pada sendi berkenaan. Keadaan ini dipanggil gout artritis akut.
Malah, individu yang ada penyakit buah pinggang juga mengalami masalah paras asid urik yang tinggi dalam darah. Ini sebabnya pesakit disuruh minum banyak air kerana lebih kerap mereka buang air kecil, bermakna lebih banyak asid urik dikeluarkan daripada badan.
Sebenarnya, gout adalah penyakit kuno yang diketahui dengan terperinci pada abad kelima Sebelum Masihi, tetapi hingga kini ia masih menjadi antara masalah besar di kalangan pesakit kerana menyebabkan kesakitan dan membataskan pergerakan seseorang.
Namun masih ramai tidak menganggapnya sebagai masalah besar berbanding penyakit lain, walaupun gout terbukti boleh menjejaskan kualiti dan tahap kesihatan seseorang, kata Perunding Reumatologi Hospital Putrajaya, Dr Heselynn Hussein.
Secara umumnya, satu peratus penduduk dunia menghidap gout; jumlah hampir sama dengan pesakit reumatoid artritis. Di Amerika Syarikat, jumlah pesakit gout berumur 65 tahun ke atas yang mendapatkan rawatan meningkat dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.
Meskipun tiada data rasmi insiden gout di Malaysia, senarionya mungkin tidak banyak berbeza kerana kebanyakan pesakit tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu diri sendiri. Ini kerana hampir 50 peratus pesakit gagal mengambil ubat mengikut jadual, terutama dalam tempoh enam bulan rawatan.
Gout antara bentuk artritis yang lazim menyebabkan keradangan, bengkak dan kesakitan secara tiba-tiba pada sendi, terutama sendi yang besar. Biasanya serangan gout hanya membabitkan satu sendi pada satu-satu masa.
Biasanya asid urik (juga dipanggil garam urat) mendap di sendi ibu jari kaki, tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Walaupun gout dianggap penyakit keturunan, ramai pesakit tidak mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit ini dan 90 peratus kes membabitkan pesakit lelaki. Kebanyakan pesakit gout mempunyai kadar asid urik tinggi dan keadaan ini dipanggil hiperurisemia.
Hiperurisemia berlaku apabila buah pinggang gagal menyingkir asid urik secukupnya atau jika badan menghasilkan terlalu banyak bahan ini. Kedua-dua masalah inilah yang selalunya diwarisi anak.
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN/emel
Sunday, April 26, 2009
Sunday, April 5, 2009
Motosikal 'British Combat'
5:37 PM
Abusarah
Motorsikal ini adalah dari model asal Honda CG keluaran tahun 80an atau lebih awal lagi.Telah di ubahsuai menjadi motorsikal perang 'British Combat'yang cukup menarik dan mempunyai nilai nostalgia. Melihatnya, membuat kita kembali ke zaman Perang Dunia ke2 awal 40an. Hasil kreativiti unit ini, mampu bersaing dengan kehebatan 'Vespa Perang Perancis' yang pernah muncul di laman blog 'Cengal Emas' dulu.
Saturday, March 28, 2009
Fenomena Aneh 23 Ramadhan 1428H
10:53 PM
Abusarah
Pada petang 22 okt 2008 bersamaan petang 23 Ramadhan 1429H mengikut kalendar Islam, satu pemandangan menakjubkan telah muncul di langit Beserah dan mungkin di seluruh bandar Kuantan.Menjelang waktu
berbuka puasa, hampir keseluruhan langit redup dan bertukar warna jingga. Fenomena ini di sedari hanya mereka yang menjengah keluar atau keluar rumah. Sayangnya kebanyakan penghuni berkurung mungkin fokus hanya kepada juadah dan hidangan.
Ketika itu penulis hendak menuju ke surau Ar Raudhah berbuka puasa berjamaah bersama Hj Yaakob yang tetap setia.
Terkejut dengan keanihan, penulis segera merakam fenomena tersebut. Sayang ketika itu gagal untuk merenung dengan 'renungan mengenal' dengan 'malam yang lebih baik dari
seribu malam'. Sehinggalah pada beberapa malam selepas itu, seorang Ustaz muda ketika menyampaikan tazkirah memberitahu khabar dari ulama Yaman berpendapat Lailatulqadar jatuh pada 23 Ramadhan. Bila terkenang perasaan terkilan tetap menjelma. Di pilih tidak memilih. Itulah rezeki. Apapun pesan guru, apajuapun pertamanya DIA di ikuti usaha ikhtiar. DIA yang awal DIA yang akhir. DIA yang zahir DIA yang batin. DIA memenuhi DIA meliputi. Wallahua'alam.
berbuka puasa, hampir keseluruhan langit redup dan bertukar warna jingga. Fenomena ini di sedari hanya mereka yang menjengah keluar atau keluar rumah. Sayangnya kebanyakan penghuni berkurung mungkin fokus hanya kepada juadah dan hidangan.
Ketika itu penulis hendak menuju ke surau Ar Raudhah berbuka puasa berjamaah bersama Hj Yaakob yang tetap setia.
Terkejut dengan keanihan, penulis segera merakam fenomena tersebut. Sayang ketika itu gagal untuk merenung dengan 'renungan mengenal' dengan 'malam yang lebih baik dari
seribu malam'. Sehinggalah pada beberapa malam selepas itu, seorang Ustaz muda ketika menyampaikan tazkirah memberitahu khabar dari ulama Yaman berpendapat Lailatulqadar jatuh pada 23 Ramadhan. Bila terkenang perasaan terkilan tetap menjelma. Di pilih tidak memilih. Itulah rezeki. Apapun pesan guru, apajuapun pertamanya DIA di ikuti usaha ikhtiar. DIA yang awal DIA yang akhir. DIA yang zahir DIA yang batin. DIA memenuhi DIA meliputi. Wallahua'alam.
Lawatan Ke Pusat Ternakan Pak Kob & Rakan Sewaktu
10:46 PM
Abusarah
Minggu lepas 'Skuad Tinjau Akarbeluru' dan krew telah mengadakan lawatan ke pusat ternakan ayam kampung yang di usahakan oleh Tuan Hj. Yaakub dan rakan-rakan sewaktu dengannya.
Lokasi berhampiran Taman Beserah, Jalan Satelit Bumi Kuantan. Terletak di kawasan kebun buahan seluas lebih kurang 3 ekar dengan morfologi berbukit.
Terdapat kira-kira 200 ekor ayam kampung kormesal yang sedia di pasarkan. Ternakan di biarkan bebas pada waktu pagi, dan memasuki reban pada sebelah petang. Makanan daripada jagung, dedak, sagu dan rumput di kebun tersebut. Menurut Pak Kob, ayam yang di sembelih di proses cara manual untuk mengekalkan kesegaran serta menepati syarak sebelum di pasarkan.
Menurutnya lagi idea untuk menternak ayam kampung pada peringkat awal hanyalah mengisi masa lapang setelah banyak masa habis di kedai kopi bersama kawan-kawan yang kebanyakan bekas pesara kerajaan.
Pakatan di persetujui untuk menternak ayam kampung yang bersih daripada antibiotik dan bahan kimia.
Apa yang menarik perhatian, di sini kaya dengan fauna bernilai bagi menambah kazanah karya fotografi 'Cengal Emas'.
Haji Yaakub:0199318009. Pesan guru, adalah fardhu kifayah bagi kita umat Islam menyediakan makanan Halalan Thoiyibah.
Bot kayu 16 kuasa kuda Kuala Pontian
10:44 PM
Abusarah
Di pertengahan tahun 60'an dahulu, saya masih dapat merasakan kegembiraan zaman kanak kanak yg cukup meriah meraikan suasana kehidupan kampong tika itu. Kampong Kuala Pontian Pahang cukup sinonim dalam pengertian sebenar dikala kemuncak 60'an dan sekarang ia sepi dan sayuhati apabila sesekali menjejak kaki kesana.
hanya hiasan saja
Dizaman itu arwah atuk saya Muda bin Su yg lebih dikenali dengan panggilan Pak Teh Da boleh di anggap sebagai 'pakar' sebagai tukang boat kayu, kebiasaan baginya menyiapkan atau membina boat yg berkekuatan injin 16 kuasa kuda. Saya tika itu masih lagi mentah dan tidak begitu mendalami keceriaan pembinaan boat, al maklumlah sebagai kanak kanak tak mengerti apa apa. Bila dah dewasa terasa 'rugi' dengan pengelaman itu. Usia pun lebih kurang 5@6 tahun tak mengerti apa bab pekerjaan orang orang tua.
Sebenarnya pengalaman ini agak panjang, tapi dek kerana kesuntukan masa untuk menulis artikel ini, wa hentikan untuk setakat ini dahulu, jika kelapangan nanti insa Allah akan sambung semula... tambahan pula artikel ini hanyalah untuk 'testpower' bagi blog yg baru ke alammaya ini dan jumpa lagi.
-editor mengejar cahaya
Subscribe to:
Posts (Atom)